IPOH: Kira-kira 53 peratus rakyat Malaysia dewasa tidak menjalani saringan kesihatan dalam tempoh setahun yang lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata angka ini menggambarkan bahawa kesedaran rakyat mengenai kepentingan saringan kesihatan masih rendah.
"Oleh kerana itu, insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dilaksanakan bermula Julai hingga Disember ini.
"Dalam masa lima bulan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sasar seramai 1.5 juta rakyat Malaysia berusia 40 tahun dan ke atas yang tidak pernah atau telah lama tidak melakukan saringan untuk disaring," katanya sewaktu berucap melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringat negeri Perak di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Negeri Perak Mohd Akmal Kamarudin.
Mengulas lanjut, Khairy berkata rakyat seharusnya memanfaatkan saringan kesihatan percuma kepada golongan B40 berumur 40 tahun dan ke atas yang disediakan ProtectHealth Corporation melalui Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) atau melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pencarum di bawah Program Saringan Kesihatan.
"Melalui PeKA B40, seramai enam juta rakyat layak menikmatinya, namun sehingga kini cuma 600,000 orang atau 10 peratus sahaja yang mendapat manfaat.
"Jadi, tampillah nanti sepanjang lima bulan akan datang untuk saringan kesihatan. Intervensi awal akan mengesan sebarang penyakit.
"Jangan tunggu sakit baru datang periksa kesihatan di klinik. Ia patut dirawat dari awal sebelum dipotong kaki kerana kencing manis atau terlantar akibat serangan angin ahmar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (dua, kiri) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar hari ini. - Foto BERNAMA
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) menggantikan keupayaan dan profesion wartawan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerjaya itu.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
PDRM tahan 18 ahli kumpulan kongsi gelap TR
Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma atas kesalahan terlibat jenayah terancang.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
[TERKINI] KKM kesan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KKM berkata produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Sembilan rumah kedai musnah terbakar
Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Kenaikan yuran FOMEMA, pemeriksaan perubatan pekerja asing beri cabaran buat majikan - FMBA
FOMEMA menetapkan tiga syarat baharu bagi saringan kesihatan pekerja asing di negara ini, termasuk menjalani ujian pengesanan dadah.
KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
Inisiatif 'Program MADANI Afiat' bawa khidmat KKM kepada komuniti - Dr Zaliha
Inisiatif itu adalah bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai program.
Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun
Perkhidmatan rawatan dialisis Perkeso yang dimulakan pada 1999 melibatkan kos berjumlah RM1.12 juta telah meningkat kepada RM334.67 juta pada tahun lalu.
SOP kemasukan pelancong asing ke Malaysia kekal setakat ini - Saifuddin Nasution
Sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini COVID-19.
COVID-19: KKM sedia ketatkan SOP kesihatan di pintu sempadan negara - Dr Zaliha
Bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.
Lebih 29,000 rakyat Melaka sertai PeKa B40 - Exco Kesihatan
Lebih banyak program akan dilaksanakan untuk menarik 156,210 individu dalam kalangan B40 yang masih belum jalani saringan kesihatan.